

Melihat tajuk , tenang fikir sejenak , menyusun ayat dan menaip . Ini yang terlintas difikiran Hari jadi adikanda ku yang bongsu , teruja ? Sama sekali kerana dia meningkat dewasa , semakin degil dan nakal . Namun aku terima kerana itulah dia kehidupan . Muhammad Hazim Zahiruddin bin Suhaimi , Nama yg keluarga ku pilih untuk putera bongsunya , Usia nya 7 tahun . Aku memikirkan hadiah yg ingin ku beli , aku bertanya padanya apa yang dia ingin kan . Dia ingin sebuah jam loceng betulkah ini ? Nmpak sgt dia paham akan keadaan kakak dia yg sengkek duit , tapi aku tak kesah aku sanggup beli apa sahaja kehendaknya diharijadinya kerana dia lah adik paling rapat dikeluarga ku , menceriakan aku dikala aku resah , menjadi tempat luahan rasa marah . Ucapan ? Hmm . dia paham ke ? Tak pemungkin bila dia dah besar dia akan mengerti . Hmmm , Wahai hazim yg mulut becok , fahami lah apa yg ingin aku coretkan . Haha , dengar . Jadilah adik yg disanjung tinggi oleh kakak-kakak dan abang abang , Dengarlah kata abah dan mama kerana itulah puncak kejayaan . Jangan kau sakiti hati mereka , jgn kau ulang apa yg aku buat pada mereka dulu . Hazim jadilah anak , serta adik yg soleh taat akan kata abah dan mama . Paham ? Kau masih kecil kan ? Takpe .Lagi satu bila dah besar ingat benda paling penting keluarga gf letak tepi ingat tanpa restu org tua kau tak bahagia . Jgn kau lupa bila kau dah berjaya . Sayangi lah kami , hormati la . Hanya itu sahaja kak ya minta , Lagi satu jgn lupa Solat ye hazim .
Coretan dari kasih kakakmu ,
Ya .