Adakah Dia Penganti Kecewaku?

Mungkin ini memang jalan takdir ku , mengagumi tanpa dicintai dulu. Semoga kau Bahagia . Lagu ni pernah aku mainkan dulu dalam kepala aku . Tapi sekarang dah tak sebab aku dah "MOVE ON" .

Setelah sekian lama aku kuncikan hatiku ini selepas kejadian dulu , tapi Allah telah datangkan pelbagai perasaan manusia kepada ku namun perasaan itu masih tidak dapat menyakinkan hatiku sampai lah suatu hari . Allah telah mentakdirkan aku bertemu dengan seorang hambanya .

Lama kelamaan setelah aku mengenali hamba Allah itu , terdetik satu perasan yang lain. Tapi aku diamkan je , orang kata lebih baik kita diam kan perasaan kita . Pelbagai cara Hamba Allah tu buat untuk mencuri hatiku , Aku menafiakn setiap soalan yang dia tujukan kepada ku " Awak sayang saya? " "Rindu saya tak?" .
Tapi aku hnya cakap "Tak langsung tak" sebenarnya aku ah mula sukakan dia . Tapi entahlah tak tahulah .
Masih lagi trauma :( . Semua kata kata dia tu boleh buat aku jatuh hati . Perkara yang menyentuh hatiku bila dia bertanyakan tentang tarikh hari lahir ku namun aku menjawab " Awak nak tahu awak cari sendiri" "Kalau saya jumpa awak nak hadiah kan saya apa?" "Awak nak hadiah apa?" "Saya nak sejadah dri awk boleh? ,sejadah dari pemberian awak , boleh saya gunakan selalu sejadah tu supaya saya akan ingat awak dlm doa saya".

Aku terdiam adakah dia jodohku? Ya Allah berikan lah aku petunjuk .
 
Ayeng :') Blogger Template by Ipietoon Blogger Template