27.6.2013 , Hari pendaftaran aku sebagai pelajar kolej , Sem 2 .Haha jadi senior lah katanya *flips shawl* . So pagi tu niat tk nak bagun awal , malas nak daftar kan masih berat hati nak tinggalkan Kuala Lumpur ni . Tapi dek kerana mak aku dah mula berceramah jadi aku terpaksa juga gagahkan kaki aku pergi bersiap . Perjalanan mengambil masa 2 jam jugak lah. Hahaha .excited punya pasal smpai awal 2 jam kau . dalam pukul 12.00 aku dah smpai pendaftaran pukul 2 . So , aku tunggu lah semua dtg , time tu pulak aku kene period pain . Ha ambik mau pengsan aku time tu tpi daftar punya pasal aku pun relakan diri pergi daftar . Rai ngan fika ada tolong aku. Hahah k thx k kat korang . Tgh daftar ada satu hal besar ASRAMA PENUH , memang seronok lah kan lagi2 dapat tahu akan dapat asrama KHAS . Haha kecoh lah pasal kes asrama tak cukup ni , taklimat dlm pukul 5 mcm tu . so memasing jadi tunggul tunggu semua taklimat. Pukul 5 seperti dijanjikan kami pun pergi lah kan asrama khas . Okay mula memang excited dpt tempat baru macam-macam lah bayangan kan . Aku bayangkan tempat tu best cantik , lengkap . Sekali smpai hanya Allah je tahu macam mana sedih hati kitaorang . Duduk 8 orang , bukan tk reti bersyukur cuma macam fikir tak selesa semua. Yelah mana taknya org tgok rumah tu pun mesti fikir macam kitorang jugak ..
Esoknya ..
Kami semua semangat lah kan keluar nak pergi kedai makan . K kedai makan dia jauhnya memang jauh . Kalau hari2 aku pergi boleh kurus macam lidi . Kecoh lah pasal kediaman kitaorang yang cute tu . Hahaha so atas nasihat parents masing , mereka suruh pindah bukan apa dengan keadaan rumah yg 100% papan tu memang sgt bahaya . Bayangkan rumah kitorang tu kalau jiran bergossip pun kitorang boleh dgr, then dgn keliling nya lelaki .Haaa maunya tak risau , So . Kitorang cadang nak ambik rumah sewa . Okay , harini jugak macam-macam jadi . Last minute dpt berita dari seseorang yg kitaorang kene keluar dri rumah tu malam tu jugak . Bayangkan lah dgn rumah sewa yg takde , owner dtg masa kitaorg keluar makan sbb nak suruh kitaorang blah dri rumah tu tapi apakan daya .. kami takda. So malam tu jugak kitaorang packing barang semua , saat kitorang packing tu time tu jugak owner dtg . Dia ckp "baguslah dah packing siap2 " Masa tu rasa nak nagis sbb serabut pasal rumah takde ,tempat tinggal tak ada .. Tapi aku bersyukur sbb kami berlapan masih still bersama . Orang ckp kalau nak tgok dia kawan ke tak , cuba saat susah dia tk ada dgn korang , Mmg betul diorang mmg kawan dunia akhirat semua lalui sama2, Dugaan Allah turunkan dekat org yg dia sayang ,dan setiap dugaan Yang dia turunkan semuanya bersebab dan Allah tahu kami boleh atasinya :) ..
So dekat sini aku nak ucap thanks dekat semua yg tolong aku , dekat Rai sbb sanggup dari rumah dtg semata2 nak bawak aku tgok rumah sewa ,afzal , araf and arith thx sbb korang sanggup ulang alik nak bwak barang kitaorang je . Semua jasa korang aku takkan lupa weh . And budak2 rumah thx sbb sanggup ada saat kita susah senang :) .
Dan kepada budak yg cuba nak pau duit kitaorang tu semoga kau bahagia dengan penipuan kau tu k ? Salam:)