Oh yeah dapat rumah sewa baru . Alhamdulillah syukur , dpt rumah lebih baik . heee . Okay bila dapat rumah baru apa lagi mesti kene basuh semua kan . So sesi membasuh pun dijalankan . Haa mmg seronok sbb ada tempat tinggal yg jauh lebih baik berbanding dulu :") .
Dah selesai kemas semua , masing-masing dah penat so semua rehat dulu .. Malam pun datang haaa , apa lagi semua dah lapar so semua keluar sekali nak cari makan. Mmg seronok lah bila keluar ramai2 ,macam-macam ragam. Yang aku tk boleh lupa bila kene kejar anjing . Hahahaahha semua kes nak ikut jalan shortcut last3 semua lari tak cukup tanah sbb kene kejar anjing . Adalah kawan aku ni dia mcam expert sikit sbb dia dah buat research awal2 pasal jalan shortcut , so kitaorang pun lalu lah jalan yg dia tunjuk . Masa tu aku jalan sebelah alijio . So aku ckp la kat alijio yang aku ni rasa tk sedap hati siap suruh tgok kiri kanan takut ada anjing kan . Sekali dengan izin Allah , ada lah satu rumah ni dia tk kunci gate . Haa dalam tu ada dia ekor anjing yg sedang mengong-gong , Aku pun pengang lah tangan eja. Tetiba aku dgr org jerit " LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII DIA KEJAR " dengan tenaga yg ada aku pun larii sebab anjing tu ada kat sebelah fatin , aku pulak masa tu ada dekat sebelah kiri fatin , sikit lagi anjing tu nak gigit fatin . Yang alijio dah jauh ke depan lari . Masa tu ada juga lah rasa nyawa hujung tanduk . Fikir tuhan je masa tu , kawan aku smbil lari dah sebut nama Allah aku tgh lari baca surah tabbatyada . Haha tapi tk habis sbb masa tu tgh lari .. Hahaha kesudahanya semua penat dan maki hamun anjing sbb kene kejar. Ya Allah memang masa kene tu semua tercungap-cungap lari , bila cerita balik masing2 gelak . Mana taknya Semalam kene macam2 harini pun kene lagi, Hahaha tkpelah semua tu dugaan org kata, Hahaha .. So sampai sini jelah cerita yang dpt aku cerita salam syg untuk semua :) Byeee